Beberapa minggu lepas, aku hadir satu talk kat Architecture building. Bukan lecture tapi talk. Nak pergi, kena RSVP kat uni. Bunyi hot stuff tapi sekali aku sampai, ada la dalam 10 orang saja students. Malu saja aku duduk tengah-tengah agak depan sorang-sorang. Takpa, nampak muka harapan negara sikit.
Aku bukan budak rajin nak hadir talk tapi kali ni talk oleh sorang Malaysian yang graduate Melbourne uni dan cerita pasal macam mana dia bawa balik kejayaan dan apa yang Melbourne uni ajar ke tanah air. Dia buat PUTRAJAYA.
Again, dia buat PUTRAJAYA. Kena bagi bunyi gempak.
Cerita dia menarik. Macam mana dia naik kapal [bukan terbang tapi hanya kapal] datang Melbourne semata nak belajar lepas tu final project dia buat proposal untuk Istana Negara Malaysia. Tunku Abdul Rahman datang Melbourne satu hari. dia salam dengan TAR macam aku salam dengan Muhyiddin last month. Cuma bezanya di sini, Muhyiddin takde plak cakap kat aku dia nak tengok final project aku dan mahu bina project aku.
Secara jujur, bukan nak racist tapi fakta, Malaysian Chinese sangat banyak di Melbourne dan hampir semua tidak pulang Malaysia,kerja kat Ostro. Yang penting ialah banyak mana duit yang boleh dapat, tak kira kerja di mana. Tapi mamat ni dia balik. Hasil dia balik, dapatlah dia bagi ISTANA NEGARA, PUTRAJAYA, dan bangunan kecik tepi KLCC kat Malaysia.
MAKANYA, aku sangat teringin nak bawak balik something kepada negara. Plan Tunggu Salam Dengan Najib Bila Najib Datang Lepas Tu Tunjuk Projek aku letak sebagai Plan B. Bukan sebab mustahil tapi sebab aku perempuan. Mana boleh salam Najib, bukan muhrim. Kalau Najib sua tangan baru aku salam. Sebab tu jadi plan B.
Plan A aku ialah bawak balik benda kecik tapi bermakna. Benda simple yang hari-hari aku perhati mat salleh buat kat sini.
Secara jujur lagi, Malaysia sangatlah tiada manners dan tidak begitu intelektual dari segi pemikiran. Ni bukan aku kata, kerajaan pun kata, sebab masa interview scholarship JPA awal-awal lagi aku dapat tajuk 'Malaysia: first class infrastructure, third class mentality' untuk debate depan interviewer. MAKA:-
1. Bawak beg sendiri pergi beli barang dapor. Yang ni dari first year dulu aku dah ajak orang Malaysia terdekat buat. Aku punya target just sampai tahap keluarga dan orang sekeliling. MOTIF: Environments.
2. 'Thank you'. Kat sini semua benda cakap Thank you. Walaupun kau orang kaya tahap gigi emas, bila kau beli coklat pun kau cakap Thank you kat budak jual coklat. Kadang-kadang tak perlu cakap TQ pun tercakap TQ. Malaysia memang kurang gila benda ni. Hari tu aku balik Malaysia aku cakap timekasih kat akak Tesco, dia tengok aku pelik macam aku nak mengorat dia. Muka aku ada macam Lesbian ka apa? MOTIF: Manners.
3. Betul-betul asingkan sampah bukan hanya berlakon iklan. Yang boleh recycle,kumpul setempat. Tak suruh pun pergi tempat recycle setiap hari, setiap 2minggu pun takkan susah kot. MOTIF: Environments.
4. Naik public transport. aku bukan cakap benda ni sebab aku miskin tapi sebab aku miskin DAN untuk environments. MOTIF: Environments.
Dan banyak lagi benda kecik lain yang bila kau nak ingat selonggok memang susah tapi hari-hari kau teringat satu demi satu. MAKA bila aku teringat lagi,aku tulis.