Friday, May 15, 2009

UMNO in snow

Sayang-sayang sekalian [eceh.kebelakangan ni suka betul perkataan sayang], anda tak rindu famili kah weh? T_T

OK la fine, uniq hang dah nak balik. bencinya stetmen itu. sila la balik. sila. sila. pergi balik. pergi.

Due date bersalin eh due to this new ads by yasmin ahmad. EEHH, mana bahasa ibunda kau? Merujuk kepada video iklan Yasmin Ahmad yang baru:



OK sapa yang tak sikit pun sebak atau bertakung air mata [yang menangis tak perlu susah cakap la kan], tahniah, anda punyai hati batu akibat sumpahan Fantaghiro. EI fantaghiro,lamanya tak tengok. sapa tau? OK FOKUS.

BETUL kan, yang kecik-kecik dan 'imperfections' (Yasmin Ahmad,2009) [bahasa ibunda, saya buat Harvard style quote siap.saya tak bersalah] tu lah yang akan selalu ingat.

TIBA-TIBA semalam teringat mimi. T_T

Teringat bila pagi-pagi kau terjaga, ada makhluk tepi kau sebab bila mimi sedar pagi selepas rakan katilnya, ibbu dah pergi kerja,dengan mamainya mimi akan masuk bilik aku lalu suka-suki hati tolak aku himpit-himpit atas katil single aku.lepas tu tidur lagi ganas dari aku.

DAH TU, bila aku balik rumah, mimi terus terpaksa buat jadual sendiri untuk hari apa tidur dengan ibbu,hari apa tidur dengan kakngah.haha.jenaka la mimi ni.

LEPAS TU,suka tak puas hati dan marah bila aku balik rumah tapi akan ke langkawi pada hari-hari tertentu lalu terus mengeluarkan ayat-ayat seperti

"kakngah dah la balik sat ja,pastu duk pi langkawi plak.EII!"

ei.terharu ai ada orang merebuti diri.haha.TAK MENGAPA MIMI, sekarang kngah dah tak pergi langkawi dah.jangan risau.balik rumah nanti,tengok la muka kngah ja setiap hari sampai nak sawan pun takpa.

EI lamanya tak merapu dengan abang.kalau keluar abang bawak spectra, suka betul brek berirama lagu dalam fly.fm dekat-dekat lampu isyarat.YA ai memang tak suka bila abang buat begitu.tapi mimi suka.EH entah-entah hari tu yang spectra sayang rosak brek sampai ibu kena service ribu-ribu sebab abang buat brek berirama apa.OK saja ja nak bagi ibu baca lalu mengdajalkan abang.haha.

lama jugak tak bergaduh dengan EDA.OK TAK,bergaduh dengan eda memang tak best tahap nak hentak kepala kau kat dinding.lama tak merapu dengan eda pasal fesyen,lagu. EDA,jika anda membaca, ingat Allah selalu dan ingat selalu ibbu tu siapa bagi anda.I hope one day you'll grow up well and by grow up i mean mentally not physically. OK.cukuplah tak mahu mode emoticon.

Rindu ibbu tak payah cakap la kan.sebab nanti jadi emoticon.Tak pasal-pasal nanti ubah tarikh tiket AirAsia dari balik raya kepada balik esok pulak kan.

KAU NI HABIS TIADA KERJA KAH SEMPAT NAK BLOGGING NI?

OH YA.ai sepatutnya design tshirt UMNO student committee di Adelaide seperti yang diarahkan oleh Ayer macam lagu In The Ayer -FloRida. APA? hang ingat aku tak buat design tu? ingat aku malas? aku buat la weh. Nah amik:


tajuknya UMNO in snow.artistik mendalam apa.cakap untuk winter kan.UMNO in snow.eh siap rhymes lagi tu.

OK.OK.YALA.BAIKLAH AYER.aku pergi buat design sebenar sekarang jugak!

4 otak tambahan:

@Fr!^n@ said...

ka ai u tak rindu ke u..
ehuhuhuhuhuhu :P

canti design baju tuh eyh..
kagumm.. (^.^) ahahahah lawak2.. :P

Nur Syaza Azrudin said...

alalala..ok la.ok la.lps ni buat entry psl cousins.hahahaha.

cantik kn? kak long mmg phm seni! yay.

aya said...

weekend ni aku ada club meeting.
antara topik yang akan diusulkan pada perjumpaan kali ini merupakan:t-shirt club
dan tobatlah abg pres akan menghalau aku kuar jika aku usulkan utk memakai t-shirt design ini.
btw cepat ah buat entry baru!time tgn aku yg lemah gemalai ni gatal nk bg komen dia x buat entry plak.haihhh

Nur Syaza Azrudin said...

errr...pia syg, buku constructing paksa ai spend time dgn dia dlu..maaf la..T_T